ILMU HARTANAH

BAB : DEPOSIT

Definisi Deposit

Maksud perkataan deposit adalah

memendapkan, meletakkan, cagaran, endapan, timbunan, cengkeram

wang ~ wang yg dibayarkan dahulu sebagai pertaruhan sebelum membeli atau melakukan sesuatu; wang muka; wang pedahuluan.

Deposit untuk beli rumah

– sebagai tanda setuju untuk membeli rumah yang dijual dengan harga yang dipersetujui antara dua belah pihak dalam tempoh yang telah ditetepkan. Tempoh yang ditetapkan adalah untuk proses pertukaran nama dan penyelesaian bayaran penuh jualan mengikut persetujuan.

Deposit untuk sewa rumah

  – Terma yang betul adalah cagaran. Cagaran bermaksud sesuatu yang dijadikan sebagai jaminan menyewa/memajak hak milik tuan tanah/rumah dalam tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Selalunya cagaran ini bergantung kepada pemilik kediaman atau premis

Ada pemilik berikan deposit / cagaran

2 +1 + ½

Atau

1+1 + ½

Atau

3+2+1

Atau

5+2+1

Secara ringkasnya pecahan deposit ini ialah Security deposit + bayaran bulan semasa + security Ulititi

Contohnya jika ada berlaku sebarang kerosakan atau tunggakan bayaran bil utiliti, maka cagaran itu akan digunakan oleh tuan rumah untuk ganti rugi kerosakan atau bayaran bil yang tertunggak. Sekiranya semuanya okay, duit cagaran ini akan dipulangkan semula setelah tuan rumah berpuas hati dengan keadaan rumah. Dan tuan rumah harus pulangkan deposit itu mengikut tempoh yang dipersetujui dalam perjanjian.

Sekiranya pihak penyewa tidak bayar sewa pada bulan tersebut atau terlewat bayar, pemilik dibenarkan untuk menggunakan wang cagaran tersebut sebagai ganti rugi tempoh yang telah ditetepkan bayaran yang sepatut di terima pada tarikh di persetujui. Tetapi ingat, deposit ini bukanlah sebagai Advance Payment untuk penyewa, penyewa harus ganti balik sekiranya deposit telah digunakan untuk cover bayaran bulan semasa.

Tapi kenapa deposit ini berbeza-beza?

Ia bergantung tahap risiko pihak owner yang bakal akan ditanggung.